Hari kedua di Shanghai. Hari ni kami pilih kuning! Hari ni, banyak lagi aktiviti yang menanti kami semua.
Bangun pagi, bersarapan dulu. Zaza pilih makanan yang light2 je seperti roti dan yogurt, memudahkan aktiviti Zaza hari tu. Tak nak lah berjalan dengan perut yang terlampau kenyang, takut tak selesa nak berjalan nanti.

Sempat lagi pose selepas breakfast
 Ni dekat depan hotel 

Selepas sarapan, seperti yang dijanjikan, kami dibawa ke The Bund, salah satu tempat yang wajib untuk pergi jika dah berada di Shanghai ini. Apa yang menariknya tentang The Bund ini? Ia merupakan simbol bandar Shanghai. Terdapat beberapa jenis reka bentuk bangunan dan merupakan destinasi perlancongan yang popular di Shanghai ini.

Permandangan dari The Bund di waktu siang. Cantik kan?

Happynya lah kami time ni. Kalau kat KL mesti segan kan nak buat macam ni :p
Hero dan heroins 😀
Zazzzzzz… 
Bergambar kenangan beramai-ramai di sini is a must!
😀
Hello Shanghai!
Peramah orang-orang Shanghai ni. Sempat lagi bertanyakan kami ni dari mana. 

                         

Dah lepas melawat The Bund, kami di bawa pula ke tempat membuat sutera. Di sini kami dapat melihat bagaimana sutera dihasilkan. Zaza sendiri dapat merasakan sendiri betapa lembutnya sutera ini, dan sutera ini memang bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Harga sutera dekat sini agak mahal juga.

Malam, kami diraikan pula dalam satu gala dinner dengan semua qualifier Shanghai. Meriah bila dapat berkumpul dan lagi waktu inilah nak eratkan silaturrahim dengan mereka yang lain sambil ambil tips dari mereka. Itu yang menarik dalam business ni sebab semua pun tak lokek dengan ilmu yang mereka ada, malah sentiasa je berbesar hati berkongsi dengan kami semua.

Selepas gala dinner ni, Zaza tak lepaskan peluang untuk dapatkan tips dari CDM Salleha pulak. Malam tu, kami semua berkumpul menuntut ilmu. Walaupun di Shanghai, peluang bersama dengan leaders hebat, tak Zaza sia-siakan begitu saja.
Rasa beruntung sangat dapat join trip ni. Zaza pasti, ramai yang suka travel kan. Kalau dapat travel secara percuma dan dilayan macam vvip, sure korang semua taknak lepaskan peluang ni kan. Kalau nak join kami dalam trip akan datang secara PERCUMA just direct message Zaza ok. Mana tau kita dapat travel bersama-sama dekat negara lain pula.
Apa pula yang berlaku pada hari ketiga di Shanghai? Nanti Zaza update lagi ok.

Share This