Uoll suka kucing tak? Saya pasti kebanyakan orang pasti suka haiwan comel ni kan. Saya pun tak terkecuali. Memang dari kecil lagi, rumah saya tak pernah tak ada kucing. Memang keluarga saya merupakan pencinta haiwan comel ini. Tapi, pernah tak kita terfikir atau cuba memahami maksud pergerakan ekor kucing?  Ok, jom kita study maksud pergerakan ekor kucing ini. Mungkin lepas ni, kalau kucing kita buat isyarat kat kita, kita dah boleh faham apa maksud dia.

Ekor yang melengkung ke bawah dan kemudiannya melengkung di hujung ekor seperti  huruf  ‘S’ terbalik
Maksudnya: Berada dalam keadaan rileks dan selesa


Ekor yang melengkung lembut ke bawah tetapi sedikit terangkat
Maksudnya : Mula menunjukkan minat terhadap sesuatu



Ekor melengkung ringan hala ke atas dan hujung nya bengkok sedikit ke hadapan ataupun ke belakang
Maksudnya : amat berminat dan menjadi peramah (friendly) 



Ekor dan hujung ekor lurus ke atas
Maksudnya : dalam keadaan ceria dan menyapa mesra (cheerful greeting)

Ekor lurus ke atas tetapi di hujung ekor ada sedikit pergerakan menggigil 
Maksudnya : menunjukkan kemesraan dan kasih sayang



Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik (twitching)
Maksudnya : sedikit menjengkelkan / bengang  (slightly irritated)





Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik dengan laju
Maksudnya : lazimnya kucing sedang rasa amat jengkel / bengang tetapi ada juga kucing yang menunjukkan reaksi ini bermaksud amat gembira
Kesemua bahagian ekor baik baik di pangkal mahupun di hujung bergerak ke kiri dan kanan dengan laju
Maksudnya : Marah

Ekor lurus ke atas dan berbulu kembang
Maksudnya : Agresif





Ekor bengkok ke atas dan mengembang
Maksudnya : bersedia untuk menyerang jika di hasut atau usik (provoked)





Ekor diturunkan ke bawah dan bulu agak menguncup
Maksudnya : takut






Ekor ke atas dan agak kembang (big tail)
Maksudnya : mungkin ingin bermain dan berlari /mengejar






Ekor dan belakang badan turun hingga ekor kadang kala berada di celah dua belah kaki belakang
Maksudnya : tewas atau sedang sakit

Ekot bengkok ke bawah diikuti dengan badan yang merendah
Maksudnya : bersedia untuk mengawan
Itu antara bahasa ekor kucing. So kepada pencinta-pencinta kucing, setuju tak dengan maksud bahasa ekor kucing tu? Lepas ni kita alert sikit ya dengan ekor kucing. Mungkin ada sesuatu yang dia nak sampaikan kepada kita 😉

Credit to http://user.xmission.com/~emailbox/tailtalk.htm

Share This