U oll Semua dah tengok filem Frozen? Saya baru dapat tengok Sabtu baru ni, maklumlah tiap minggu ada je aktiviti jadi peluang cuti Sabtu itu, saya manfaatkan betul-betul.
Saya janji dengan Salleha dan juga Iynas jumpa di e@curve dalam pukul 4 petang. Macam biasalah, bila nak tengok wayang, mestilah saya tengok dekat sini kan. Maklumlah dapat free ticket 😉 U oll yang kat lembah klang ni, kalau nak tengok wayang, tengoklah dekat Cathay Cineplexes ni. Memang teather dia sangat best. 🙂 Sampai-sampai, kami terus je pergi dekat kaunter ticket, movie start pukul 6, so sementara nak tunggu pukul 6, kami pun pergi makan dulu.

Macam biasa, aktiviti utama ialah ambil gambar!

Kami makan dekat Warung Leko yang menyediakan masakan Indonesia. Saya suka deco restoran ni. Cantik dan selesa.

Ni semua signature dari celebrities yang pernah singgah di Warung Leko ni. JJCM pun ada 🙂
Memang favourite saya ialah ayam penyet. Jadi, dah tentu ayam penyet piilihan saya. Saya mintak sambal pedas. Dia cakap sambal tu ada yang tak pedas, sederhana, pedas dan pedas giler! Tapi saya tak tahulah macamana rasa yang pedas giler tu. Mungkin sampai berapi telinga kot.
Iynas mintak yang sederhana pedas, tapi lupa nak tanya yang mana satu saya punya dan dia punya, tapi sebab kami nampak ada cili potong tu, jadi kami anggap itulah yang pedas punya. Haha 🙂
Memang sedap makan kat sini. Kalau ada yang suka dengan masakan indonesia, bolehlah datang di restoran ni yang terletak dekat The Curve.

Lepas dah kenyang, terus pergi balik cinema nak tengok cerita Frozen. Ok, cerita ni saya bagi 5 bintang. Saya memang suka dengan kartun Walt Disney. Kartun dia cute sangat. Animationnya hidup.
Cerita ni mengisahkan tentang cerita dongeng The Snow Queen yang membawa kisah kekeluargaan yang membabitkan hubungan kasih sayang antara kakak (Elsa) dan adik (Anna) yang terpisah kerana kuasa ajaib yang dimiliki Elsa sejak kecil. 


Elsa melarikan diri dan bersembunyi selepas menyalahgunakan kuasanya yang mencetuskan musim sejuk abadi yang membekukan kerajaan Arendelle. Duke Weselton yang angkuh merancang untuk meyakinkan semua untuk menentang Elsa, untuk kepentingan jahatnya tersendiri

Anna perlu mengembara untuk mencari kakaknya Elsa untuk menyelamatkan kerajaan Arendelle mereka daripada musim sejuk abadi  yang penuh dunia magik. Anna juga dibantu oleh penjual ais Kristoff dan orang salji yang kelakar Olaf.

Trailer Frozen
Cute kan semua watak ni 🙂
Lagu-lagu dalam movie ni pun best. Kira tak menyesal dan memang puas hati lah dengan animation ni.
So, lepas ni, kita tengok movie lain lagi ya Salleha dan Iynas 😉
Sempat lagi tu nak posing kat sini pulak 🙂
Salleha yang suruh saya cekak pinggang macam ni. Hehe 🙂
Share This