Hari terakhir persembahan Teater Muzikal P Ramlee ini, Zaza dan rakan buat plan saat-saat akhir. Rasa rugi pulak jika tak pergi sebab kalau ikutkan ini merupakan musim ketiga sudah. Dah terlepas dua kali persembahan teater ini so kali ini taknak lepaskan peluang lagi. Dan berdasarkan review ramai yang kata teater ni best!

Menceritakan tentang perjalanan suka duka Tan Sri P Ramlee dari awal sehingga penghujung kerjayanya. Teater dilakonkan oleh barisan pelakon terkenal tanah air seperti Tony Eusoff, Lisa Surihani, Tiara Jacquelina dan ramai lagi. Memang puas hati dengan lakonan semua pelakon yang memberikan lakonan yang sangat mantap dan memukau.
Masing-masing cuba untuk membawa nostalgia studio Jalan Ampas. Ahaks 😀

Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan teater ini. Memang tak rugi menontonnya. Set pentas dan lagu-lagu yang dinyanyikan serta persembahan dari artis yang terlibat benar-benar seperti membawa kami semula ke zaman P Ramlee.

Kisah benar Allahyarham Tan Sri P Ramlee juga memberikan inspirasi kepada kita untuk bekerja lebih kuat. Banyak pencapaian beliau sehingga ke peringkat antarabangsa sehingga beliau  memenangi beberapa awards.
Share This