Rasanya semua orang pun nak kulit yang putih berseri. Tak kiralah lelaki maupun wanita. Sekarang ni pun, lambakan produk yang menawarkan kulit putih memang dah jadi perkara biasa. Kat sini ada beberapa petua yang kita boleh amalkan untuk memutihkan muka.


 BARLI
Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Kemudian, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah sebelum tidur. Untuk mendapatkan hasil, amalkannya sekurang-kurangnya seminggu sekali. InsyaAllah anda akan dapat lihat hasilnya nanti.

BERAS PULUT
Berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping mencerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Caranya, rendam beras pulut hingga lembut, tumbuk sampai lumat. Sebelum mandi, lumu ke seluruh badan. Biar separuh kering dan sental kulit perlahan-lahan. Kemudian, bilas dengan air mandian. Untuk hasil terbaik amalkan 2 kali seminggu. 
NANAS
Ambil bahagian dalam nanas yang keras dan gosokkan ke seluruh bahagian badan. Bilas badan dengan bersih. Amalkan setiap pagi dan petang. InsyaAllah kulit akan lebih putih, cerah dan berseri.

TIMUN
Parut isi timun atau hancurkan, campurkan bersama perahan limau. Sapu ke muka sehingga kering, dan bilas dengan air bersih atau air suam. Amalkan setiap malam.

LOBAK MERAH 
Parut sebatang lobak merah dan satukan dengan sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. Lobak merah menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.

LIMAU NIPIS 
Limau nipis di belah 2. Gosok pada wajah dan badan. Hasilnya, kulit akan menjadi cerah, licin dan harum..

 BERAS 
Ambil 1 gengam beras,tumbuk dan tambahkan air. Kemudian sapu pada wajah sebelum tidur. Ia dapat menghilangkan jerawat batu dan memutihkan wajah.



Banyak lagi sebenarnya petua-petua ni. Lain orang, lain pula caranya. Tapi, macam saya leceh pula rasa nak sediakan bahan-bahan tu. Jadinya, saya cuma amalkan mandi dengan produk Marine Essence dan minum BBPlus Collagen setiap hari. Rasanya, ada ramai juga yang tegur kulit semakin cerah 🙂
Share This