Dengar je pisang goreng cheese dah buat meleleh ni. Sedapnya lah! Selama ni memang tercari-cari lah pisang goreng cheese dekat area rumah. Sekarang ni dah tau, jadi memang akan kena serbu lah hari-hari 🙂
Kalau dekat sekitar Jalan Raja Muda Abdul Aziz, boleh dapatkan pisang goreng cheese yang sedap ni. Berhadapan dengan Hospital Kuala Lumpur. 
Harga pun murah, RM5 untuk 1 set. Yang best kan, cheese dia sangat banyak dan keropok pun banyak. Memang berbaloi lah! Rasanya, memang kasi 5 bintang lah!
Yummy!!
Kalau coklat cheese RM6 je. Yang coklat ni kan, dah lah cheese banyak, coklat pun banyak dan ditaburi dengan chocolate rice.
Ada juga straberry cheese dan honey cheese.
Seiapa yang berdekatan tu boleh lah dapatkan dekat sini. Memang tak menyesal 🙂
Share This