Ada kawan Zaza, dia beli corset biasa. (bukan jenama Premium Beautiful). Baru pakai sehari dia dah mengadu susah nak bergerak. Perut rasa senak sangat. Dia tahu Zaza pakai Premium Beautiful corset. So dia pun bagitau, dia tak larat lah nak pakai corset ni. Dan dia pelik macammana Zaza boleh bertahan hari-hari pakai corset. Tak sakit dan menyenakkan ke? Ok, firstly, tahniah lah dia berusaha untuk nampak cantik dan berusaha nak perut kempis dan pinggang ramping dengan pemakaian corset. Dia tanya Zaza macammana Zaza boleh bertahan, mungkin dia lupa yang Zaza ni pakai Premium Beautiful. Premium Beautiful ni memang tak sama dengan corset lain di pasaran.  Ia bukan corset biasa. Sebab tu, Zaza boleh pakai PB ni berjam-jam lamanya. Memang hari-hari Zaza pakai dan memang lebih dari 8 jam sehari. Kalau Zaza duduk dekat rumah pun, tetap sarungkan PB ni. Langsung tak membataskan pergerakkan Zaza. Zaza bebas bergerak tanpa rasa sakit dan menyenakkan. Perlu diingat, corset Premium Beautiful ni bukan macam corset biasa. 
Apa yang membezakan Premium Beautiful corset dengan corset biasa yang terdapat di pasaran tu?

1. Jenis fabrik
Fabrik PB diimport sepenuhnya dari Korea dan Taiwan yang memenuhi piawaian keselamatan. Menggunakan fabrik jenis Akwatek & Akwadyne di mana ia mempunyai daya serapan dan daya tahan yang tinggi. Ia dapat menangkis lembapan dan peluh. Yang best, ia pengawal suhu yang seimbang. Apabila kita berpeluh, kain Akwatek dan Akwadyne menggunakan sifat-sifat penyingkiran peluh untuk mendinginkan badan. Apabila berada pada suhu yang sejuk, kain Akwatek dan Akwadyne menghasilkan satu lapisan kelembapan antara kain dan kulit, menjadikan penghawa lembap yang menyimpan lebih banyak haba ketika suhu sejuk. Ha, kalau ada masalah bau badan kan, pakai Premium Beautiful ni dapat menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan. 🙂 Dan, sebab itulah tak rasa panas dan rimas bila pakai PB. Kalau corset biasa, fabrik agak kasar dan keras kan?
2. Rekaan
Kuasa regangan dalam semua hala, 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubah rekabentuknya. Pakai PB memang selesa dan tidak menggangu aktiviti harian pun walaupun anda seorang yang aktif sekalipun. Malah PB boleh dipakai ketika solat, beriadah, bersenam dan macam-macam aktiviti lain. Bila kita pakai, tak sedar pun yang kita memakai corset. Pakai PB tak membataskan pergerakan kita langsung malah buat kita rasa cergas dan selesa.
3. Teknologi
PB menggunakan teknologi FIR di mana ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dan keupayaan melangsingkan badan. Ia juga dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan. FIR merupakan sejenis gelombang tenaga yang dihasilkan oleh benda hidup. Sinar ini diperakui pakar yang mana ia membantu pertumbuhan dan perkembangan sel sihat manusia. FIR dalam Premium Beautiful dibekalkan oleh benang seramik yang ditenun bersama fabrik Akwatek dan Akwadyne untuk menghasilkan Premium Beautiful.  Teknologi inilah yang membantu kita jadi langsing tu 🙂
4. Pengalihan lemak
Memakai Premium beautiful dapat mengalihkan lemak-lemak ke tempat yang sepatutnya. Sebab itu bila pakai Premium Beautiful ni, kita boleh rasa  badan semakin kurang inci. Badan ada shape, dah ada pinggang. Sedangkan corset biasa, ia hanya sorokkan lemak ketika itu saja. Bila buka, terkeluarlah balik lebihan lemak yang memalukan itu, dan terpaksa rasa sakit dan senak semata-mata untuk menyorok lemak. Nak cantik, tak perlu sampai menyakitkan kot!
5. Produk superbrand
Premium Beautiful mendapat pengiktirafan produk superbrand, bermakna produk ini berkualiti tinggi dan mendapat permintaan yang banyak dari pengguna
6. Free lifetime warranty
Premium Beautiful didatangkan dengan jaminan percuma seumur hidup. Bermakna, tak kira berapa usia corset anda sekalipun, boleh dihantar untuk baik pulih secara PERCUMA. Zaza sangat yakin, corset biasa yang terdapat di pasaran tiada jaminan ni kan. Kalau ada apa-apa kerosakan alamatnya memang kena beli yang baru lah.
Setiap inci Premium Beautiful ada fungsi untuk tubuh badan kita
Itu antara perbezaan corset biasa dengan Premium Beautiful. Sebab itulah Zaza tiada masalah memakai Premium Beautiful untuk jangka masa yang lama dan tidak melemaskan badan. Percayalah, bila dah pakai Premium Beautiful ni, memang rasa taknak bukak dah, nak pakai terus je. Bila kita faham fungsi Premium Beautiful corset ni, automatik kita akan rasa sayang dengan badan kita sendiri dan nak jaga elok-elok supaya ianya tak mendatangkan kemudaratan kepada diri kita.
So kepada anda yang nak rasa sendiri kehebatan Premium Beautiful corset, jom kita set appointment 🙂
Zazalina

019 307 5397
Share This