Yang best sangat pasal Premium Beautiful ni sebab ada FREE LIFETIME WARRANTY. Bagi Zaza ini sangat istimewa sebab kalau beli barangan lain yang harga ribu-ribu, warranty biasanya cuma setahun. Ambil contoh beli handphone lah. Beli mahal-mahal, tapi warranty cuma cover untuk setahun je. Lepas setahun, dah terpaksa bayar cost untuk repair, Tu yang kadang kala terpaksa beli yang lain sebab tak berbaloi nak bayar cost pun. Kalau dah rosak berkali-kali, of course lah terpaksa keluarkan bayaran lebih kan.Tapi, Premium Beautiful ni kalau ada sebarang kerosakan hantarlah beberapa kali pun, tetap FREE.
Baru ni hantar repair waist nipper customer Zaza. Repair ni biasanya ambil masa dari 1-2 bulan. Masa Zaza hantar dekat dia waist nipper yang dah siap seperti baru ni, dia tanya Zaza. Kak, nak bayar berapa ni? Terkejut dia sebab memang tak perlu bayar apa-apa pun, dan memang tiada hidden charge! Untung kan?
Bayangkan lah, ada ke pakaian dalam yang ada FREE Warranty macam ni? Agak-agak lah kan, kalau pakaian dalam kita koyak, boleh kah kita hantar untuk jahit semula? Hehe, memang tak lah kan.
Sebab tu, memang berbaloi-baloi sangat pakai Premium Beautiful ni. Dah la kualitinya tinggi, boleh pakai bertahun-tahun lamanya, ada FREE Warranty lagi. Kalau pakaian dalam biasa tu, memang kena tukar setiap 6 bulan. Premium Beautiful? Tak perlu tukar pun melainkan saiz badan dah semakin mengecil, terpaksalah tukar yang baru. Tapi, itu maksudnya, dah bertambah slim lah tu. 😀

Share This