Senggugut! Siapa yang tak pernah kena kan? Zaza jarang ada masalah ni, tapi kalau kena, tak tahu nak cakap betapa sakitnya. Rasa taknak buat apa-apa aktiviti pun kan?
Nak dijadikan cerita, Ahad lepas, Zaza tak pakai PB sebab basuh. Selalu Zaza akan basuh sebelum tidur so keesokkan harinya dah boleh pakai macam biasa, tapi minggu lepas tak sempat nak basuh sebelum tidur. So, terpaksalah Zaza bercuti dari memakai PB satu hari tu. (Tapi PB ni, kalau letak bawah kipas selama 3 jam dah kering dah, boleh terus pakai)
Dan tak sangka pulak hari tu Zaza period pulak. Mula-mula ok je, takda rasa apa-apa. Tapi bila dah malam, sakit sangat perut Zaza ni. Tak pernah-pernah rasa senggugut yang sakit sangat macam ni. So, ubatnya Zaza tidur dengan berharap esoknya bangun pagi dah tak sakit. 
Ya Allah, bangun pagi tu, tak hilang rupanya senggugut. Malah bertambah sakit rasa macam nak menonggeng. Adeh. Dah lepas mandi, Zaza pun teruslah pakai PB ni. Dan, alhamdulillah, lepas 5 minit pakai tu, terasa melegakan di bahagian perut tu. Dan alhamdulillah, rasa sakit senggugut yang amat dasyat tu hilang sedikit demi sedikit. Syukur! Menyesal tak pakai PB semalamnya. Takdalah merana sakit yang amat.
Bila dah rasa sendiri sakit yang amat dan bagaimana pakai PB ni hilangkan rasa sakit tu, Zaza memang bagi 5 bintang kat PB ni. Macam magic PB boleh hilangkan rasa sakit tu. Kalau mereka yang pernah kena senggugut yang teruk mesti faham apa yang Zaza alami. Ni pun first time Zaza kena macam ni. Lepas ni, memang taknak tinggal dari pakai PB. Lepas ni, Zaza, jangan nak mengada-ngada basuh PB waktu siang. Sebelum tidur, make sure basuh tau.
Mereka yang ada masalah senggugut ni, Zaza recommend anda pakai PB ni. Waist nipper ni memang macam magic. Selain menghilangkan rasa sakit, dia jugak melegakan masalah lenguh bahagian belakang, perkara biasa yang kita hadapi bila period. 🙁
Share This