Sibuk dengan projek terbaru dengan Crown Diamond Project di bawah Top Leaders Circle. Projek Ratu Premium Beautiful. Dalam projek ini, kami semua akan menjadi duta untuk produk kami sendiri, produk yang menjadi kegilaan ramai wanita, produk yang terhangat di pasaran yang berada lebih 20 tahun di pasaran, tak lain tak bukan Premium Beautiful. 
Kami ingin buktikan yang dengan Premium Beautiful ini, semua wanita tak kira samada yang belum berkahwin, yang dah beranak 2 , 3 tapi masih mempunyai badan yang cantik dengan Premium Beautiful. Dan kami semua memang berbangga menggunakan Premium Beautiful.
Untuk projek kali ni, kami telah memilih Serindit Photo untuk mengambil gambar. Dah tengok sendiri hasil dari Serindit Photo ni dan memang kami puas hati dan sebab itu kami sebulat suara memilih Serindit Photo.
Untuk pakaian pula, kami memilih pakaian dress dari Zawara. Rekaan dress dekat sini memang menarik dan selesa.
Sebagai persediaan, Zaza tengok juga lah gambar-gambar model bergaya. Maklumlah, tak pernah join photoshoot macam ni. Selama ni ambil gambar dekat kelas, event, so, dah tentu suasana dan cara berbeza. Zaza ni dah lah tak pandai bergambar dan nak pose ala-ala model tu takut jadi kaku pula. Zaza memang suka bergambar tapi tak pernah terfikir lah pula, suatu hari terpaksa jadi model untuk produk yang Zaza gunakan sendiri.
Lebih kurang seminggu je, kami buat planning ni, so harap-harap hasilnya memuaskan hati semua. Dan harapnya kami berjaya menjadi icon Premium Beautiful sendiri dan menjadikan wanita di Malaysia ini mendapat bentuk badan yang menarik dan kesihatan yang baik. Selain dari itu, kami juga berharap, selain dari dapat memberikan manfaat kepada kesihatan dan bentuk badan, tetapi juga dapat memberikan peluang kepada wanita untuk menjana pendapatan melalui Premium Beautiful. Badan sihat, badan cantik, poket pun kenalah cantik juga 😛
Nak tengok hasilnya? Ok, tunggu update dalam next entry ok? 🙂
Share This