Ok, sampai lah ke hari untuk photoshoot dengan Serindit Photo. Pagi-pagi dah bergerak ke Meiko di Selayang Mall untuk make-up. Make-up service di sini sangat berpatutan, harga dari RM48 saja.
Meiko ni merupakan produk daripada Jepun. Suka makeup dekat sini sebab makeup tak terlalu tebal dan simple. Takdalah jadi opera. Kalau ada yang nak cuba makeup di sini, ia terletak di tingkat 1 Selayang Mall.

Dah siap dah.  🙂
Ambil mood photoshoot. Roh model dah meresapi dalam badan kami. LOL
Ootd kami hari itu macam yang Zaza tulis dalam entry sebelum ni, ialah dress dari Zawara. Dan dah semestinya ootd wajib kami, Premium Beautiful. Macam tak lengkap rasanya hari kalau sehari tak pakai Premium Beautiful ni.
Dah lepas kami semua makeup. terus kami bergegas ke Sri Rampai untuk photoshoot. Macam-macam kenangan dan pengalaman sepanjang sesi bergambar itu. 
Ini aksi-aksi kami di belakang tabir 🙂

Qilla, Ckin dan Iynas sedang menggayakan dress dengan Premium Beautiful 

Ana, Saf dan Arni 
 Kami semua suka Premium Beautiful!

Antara pose kami 🙂 

Feeling ala-ala Queen Elsa 🙂
Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Dan sangat menarik sebab dekat sini, kami terus diberikan cd gambar. Tak perlu nak tunggu lama. Dan hasilnya.. Wow, sangat mengagumkan. Memang puas hati sangat dengan gambar kami.

 Antara aksi candid yang sempat dirakamkan Serindit Photo

Puas hati dengan hasil kerja Serindit Photo. Kepada yang nak dapatkan gambar studio bolehlah set masa anda dengan Serindit Photo bertempat di Medan Niaga Rampai.
Address: No 10-1, Jln Rampai Niaga 3, Medan Niaga Rampai, 53300

Balik dari photoshoot, kami sempat singgah dekat Festival City Mall. Lepas je habis bergambar, perut terus rasa lapar sangat.
Muka kepenatan. Tapi penat-penat pun bermakna sekali.
Sambung pose lagi kat sini. LOL
Syukur semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Yang pasti ini merupakan pengalaman yang cukup indah dan sangat bermakna buat Zaza. Di sini juga, mengeratkan lagi perhubungan kami adik beradik TLC dan kerjasama yang erat antara kami memudahkan lagi perjalanan projek ini. 
Share This