Baru Zaza tahu, bahagian badan wanita yang paling cepat tua ialah bahagian payudara. Payudara mempunyai ligamen cooper yang membantu menyokong sebahagian besar tisu payudara, dan memberikan bentuk kepada payudara. Ligamen ini boleh jadi semakin longgar, mengendur dan boleh putus dan, ia tak boleh tumbuh semula seperti tisu-tisu lain. Nak tahu usia payudara, boleh ukur kedudukannya. Kalau melebihi 17cm bermakna, payudara tu dah mengendur.
Aktiviti yang kita lakukan boleh mempengaruhi usia payudara kita termasuklah pertambahan usia dan penyusuan, di mana susu meningkatkan jumlah dan berat payudara dan menarik ligamen. Ada beberapa senaman yang boleh kita lakukan untuk menguatkan payudara, dan selain dari itu, pemakaian saiz bra yang betul juga sangat penting. 

Saiz bra yang salah juga boleh menyebabkan ligamen semakin merenggang dan akhirnya boleh menyebabkan payudara mengendur. Selain dari tu, ada banyak lagi implikasi lain seperti sakit belakang dan sakit kepala yang boleh menyerang akibat pemakaian bra yang salah.
Selain dari tu, boleh cuba buat exercise untuk kuatkan dan cantikkan payudara.
Share This