Dah sampai ke penghujung Syawal. Sekejapnya masa berlalu sedar-sedar Syawal dah sampai ke penghujung dan akan meninggalkan kita. Dan akan bertemu pula di bulan yang baru. Tahun ni raya Zaza meriah bila ada keluarga baru, Top Leaders Circle. Raya tahun ni merupakan raya pertama Zaza dengan keluarga hebat ini. Memang meriah bila dapat berkumpul dengan adik beradik TLC ni yang rata-rata antara kami datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza tapi mempunyai impian dan matlamat yang sama.
Riuh bila bersama dengan mereka ini. Yang pasti, kami ratu-ratu Premium Beautiful makan semua yang dihidangkan tanpa ada sekatan ok. Maklumlah masing-masing dah memang pakai Premium Beautiful so, diet takda langsung dalam kamus hidup kami. Cuma kena beringat sikit lah tentang jenis makanan yang di ambil sebab taknaklah makanan yang kami ambil tu berisiko penyakit pulak kan.

 Ini sewaktu geng ratu Premium Beautiful beraya di rumah Zaza. Seronoknya lah bila rumah Zaza yang kecik tu penuh dengan rakan-rakan Premium Beautiful. Sampaikan kucing Zaza kat rumah tu pun terus menyorok dalam bilik taknak keluar sebab riuh. Yang best, bila laksa yang Zaza buat haritu licin dibuatnya. Sedap ke korang Zaza masak? :p

 Apa lah agaknya yang dibualkan dengan Iynas masa ni. Macam serius je rupanya :p
Itu suasana beraya di rumah Zaza. Kami juga sempat serbu rumah Saf dekat Tapah. Nak juga rasa suasana raya di luar KL.

 On the way ke rumah Saf. Belum sampai lagi dah riuh rendah dah.
 Tak jauh pun perjalanan ke rumah Saf. Lebih kurang 2 jam je. Dekat sini, kami dihidangkan Mandai. Makanan tradisi orang banjar. Mandai ni dibuat dari kulit cempedak kalau Zaza tak silap. First time Zaza makan. Memang sedap lah. Mungkin lepas ni boleh cuba sendiri dekat rumah.
Inilah Mandai hasil tangan ibu Saf.

Suasana dekat sini best, macam aman damai je.

Sempat bergambar kenangan dengan tuan rumah. Thank you Saf dan family sebab layanan istimewa untuk kami.

Balik dari Tapah, sempat beraya dekat rumah Sal pulak. Susah-susah je kan masak untuk Zaza dan Iynas walaupun penat-penat balik dari Tapah.

Dan kemuncak sambutan raya tentulah dengan semua rakan-rakan Top Leaders Circle yang lain dekat TLCC, Gombak. Sambutan raya secara sederhana tapi tetap meriah dengan kehadiran semua rakan-rakan kongsi yang lain. Dan yang paling best, dapat rasa masakan masing-masing. Semuanya memang ada tokoh jadi chef lah. :p

Antara juadah istimewa malam itu.

Ini section favourite Zaza. Bahagian desert.

Antara rakan-rakan dari Pahang. Terharu sebab mereka sanggup turun dari Pahang untuk merayakan sambutan raya dengan kami semua.

Semestinya tak lepaskan peluang bergambar dengan sohonita icon Malaysia, CDM Salha Zain. Malam tu jugak, CDM Salha seperti biasa memang tak lupa untuk berikan kata-kata semangat dan nasihat untuk kami semua.

Meriahnya beraya dengan Top Leaders Circle! CDM Azlan pun turut sama memeriahkan majlis kami malam tu.
Yang pasti majlis sebegini mengeratkan lagi ukhwah antara kami. Walaupun masing-masing sibuk dengan business masing-masing, tapi nilai persahabatan memang kuat antara kami semua. Zaza rasa gembira dan bersyukur dapat bersama-sama dalam keluarga Top Leaders Circle yang boleh Zaza anggap sebagai keluarga kedua Zaza.
Di kesempatan ini jugak Zaza nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin untuk semua readers. Semoga syawal tahun ni memberikan seribu makna untuk kita semua. 

Selamat Hari Raya dari kami, Ratu Premium Beautiful 🙂

Share This