Alhamdulillah berpeluang sekali lagi bersama menyambut mereka yang berpangkat diamond dan car fund achiever di satu majlis gilang-gemilang Sabtu baru-baru ini. Majlis Diamond Night ni memang tertunggu-tunggu sangat sebab majlis ini cuma setahun sekali dan simboliknya, penerima anugerah tinggal hanya beberapa langkah saja lagi untuk mencapai tahap tertinggi dalam syarikat.
Majlis berlangsung di Setia City Convention Centre. Masing-masing dah excited. Beberapa hari sebelum majlis, wall dekat facebook penuh dengan teaser dress masing-masing. Memang semuanya glam habis 😀
Yang istimewanya, Top Leaders Circle sekali lagi dipilih sebagai speaker mewakili syarikat selama 3 tahun berturur-turut dan untuk kali keempat keseluruhannya. Kali pertama, di Diamond Night 2013, CDM Salha Zain yang merupakan penaung TLC sendiri telah terpilih. Tahun lepas. di Diamond Night 2014, CDM Al-Faath Al-Ayubbi terpilih sebagai wakil syarikat. Beliau merupakan mastermind dalam TLC, atau kami gelarkannya pakar IT sebab beliau lah yang bertanggungjawab dalam mendidik kami tentang skill online. Beliau sekali lagi terpilih pada Majlis Ulangtahun syarikat di Singapura tahun lepas, yang mana merupakan majlis pertama di Singapura. Dan untuk tahun ini, sekali lagi, TLC terpilih menjadi speaker syarikat pada Diamond Night. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah CDM Nur. Sebagai ahli keluarga TLC, memang rasa bangga sangat dengan kejayaan ini, sebab TLC memang mendapat tempat di hati syarikat dan syarikat memperakui kejayaan dan pencapaian TLC. Rasanya baru saja lagi naik ke pentas menyanyi lagu Yahoo sewaktu mengiringi CDM Alfath dan sekarang ini mengulangainya lagi dan kali ini mengiringi CDM Nur pula.

Menyanyikan lagu Yahoo mengiringi CDM Nur
CDM Nur menceritakan tentang permulaan kerjaya bersama Top Leaders Circle
CDM Nur ni memang antara TLC Master Trainer kesukaan Zaza sebab suka sangat dengar beliau berucap. Merupakan bekas pensyarah dan mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjayanya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap dunia Premium Beautiful dengan Top Leaders Circle. Dan sekarang ni dalam usia yang muda dan dapat income 5 angka sebulan dan merasa pakai kereta idaman 😀
Ini masa Diamond Night tahun lepas menyanyikan lagu Yahoo sewaktu mengiringi CDM Al-Faath. Kemeriahan tetap sama dan boleh rasa sampai ke hari ini.
Selain daripada itu, TLC juga meraikan beberapa orang diamond dan salah seorang darinya ialah mentor Zaza sendiri iaitu Nuzul. Beliau ni, memang PB Expert di Kuantan. Jangan main-main tau. Lelaki pun boleh jual PB dan menjadi expert pulak tu. So, siapa kata business ini hanya untuk wanita saja? Asalkan pandai grab peluang, memang business ini anda yang punya. 

Kaum lelaki jangan malu-malu nak mulakan perniagaan ni, kalau Nuzul sebelum ni seorang mekanik yang makan gaji sekarang ni dah mampu senyum lebar buat business ni secara sepenuh masa. Yang penting kena committed.

Selain dari meraikan mereka yang naik ke pentas menerima anugerah diamond, kami juga meraikan CDM Salleha yang baru je keluar kereta idamannya. Wah, kalau tahun lepas tengok CDM Salleha naik pentas menerima ‘kunci’ kereta, tahun ni, baby beliau baru je keluar. Best sangat! Buat business ni, dah lah dapat income besar, dapat kereta besar FREE pulak tu!


CDM Salleha bergaya dengan kereta barunya bersama dengan CDM Salha Zain. Malam semalam, Zaza sempatlah jugak ‘lepak’ sekejap dalam kereta ni yang baru keluar semalamnya. Bangga dengan kebolehan CDM Salleha yang juga merupakan mentor Zaza dalam business ini. Melihatnya bersama kereta idaman, membayangkan masa depan Zaza juga. InsyaAllah Zaza juga akan merasa apa yang CDM Salleha rasa dengan syarat, ikut je lah cara gerak kerja mereka. Itu yang menariknya dalam business ini sebab kita just tiru je apa yang mereka lakukan.

Bersama dengan Myra, Ckin, Saf, Aida, Adila, Ujie, Yana dan suami dan Fakhrul.

Ini pula team dari Melaka dan Pahang 😀

Menu malam itu. Sedap tau lauk-lauk tu. Semuanya sedap! First time makan udang goreng masak dengan nestum. 

Dengan mentor CDM Salha Zain yang juga penaung TLC. Ya Allah cantik betul CDM Salha malam tu.

Dengan CDM Salleha aka twin. Hehe.. Ramai kata muka kami ada iras-iras. Tak tahulah iras tang mana 😀

Dengan Ckin. Dila, Cik Yaya, Jannah dan Kila. InsyaAllah kami bakal menggegarkan pentas diamond nanti 😀

Premium Beautiful Expert 😀

CDM Salha dan CDM Al-Faath, pasangan suami isteri yang sentiasa pastikan semua TLC akan mencapai impian masing-masing.

Comel pulak prop ni.. 😀

Dengan CDM Izyan. Kalau dengar kisahnya bagaimana beliau bermula memang sangat mengagumkan. Dengan anak kecil waktu itu, dengan takda maid, dengan suaminya yang duduk di Kedah, tapi semua alasan beliau tolak ke tepi. Tak pernah pun fokus pada masalah, tapi focus pada penyelesaian. Kalau asyik focus pada masalah, memang selamanya lah dibelenggu masalah.
Ya Allah, lain sungguh rasanya aura berdiri dengan jutawan CDM Azlan Deraman. CDM Azlan ni lah orang yang bertanggunjawab membentuk kami semua usahawan TLC. Walaupun dah bergelar jutawan, tapi beliau sangat humble. 
Masing-masing tak lepaskan peluang nak bergambar dengan kereta CDM Salleha 😀

TLC master trainer 😀

Serba sedikit kisah Diamond Night sabtu lepas. 😀
Seronok buat business ini. Selain dari dapat banyak pengetahuan tentang selok business ini, dapat mengeratkan hubungan sesama kami, walhal sebelum ni kami memang tak pernah mengenali satu sama lain. Tapi business ini telah menyatukan kami seperti sebuah keluarga. 😀

Nak tau macamana kami berniaga?

Whatsapp Zaza 😀

019 307 5397

Share This