Happynya bila dapat berjumpa bintang Running Man secara dekat. Race Start Season 2 yg berlangsung dekat Stadium Negara pada 1 November 2014 baru-baru ni memang meninggalkan kesan di hati. Mereka bukan saja penghibur di kaca tv, tapi di atas pentas pun memang menghiburkan sama seperti dalam rancangan Running Man.
Sebelum showcase di Stadium Negara, bintang Running Man meluangkan masa beramah mesra dengan peminat di Paradigm Mall. Dan yang  best, untuk mereka yang ada tiket VIP, akan dapat satu pass autograph dan dapat berjumpa dengan salah seorang ahli Running Man. Dan yang best, nak tau tak siapa yang Zaza dapat signature untuk hari itu? Tak lain tak bukan, SPARTA! Yes, happy sangat dapat sign dari Kim Jong Kook. Tak sangka dapat berdepan dengan Kim Jong Kook dan berbual dengannya. 😀

Sampai je depan Kim Jong Kook dia terus hulurkan tangan untuk bersalam. Dan dia cakap nice to meet you. Zaza pun cakap kat dia nice to meet you too. Then, Zaza cakap thanx datang Malaysia, hope dia happy kat sini. Masa dia nak sign tu, dia tanya nama, dan dia cakap Zaza? Lepas tu dia kata, see you tonight! Wah melting kejap. Hehe..

Showcase di Stadium Negara malam itu memang best. Ahli Running Man semuanya memang sporting dan bagi persembahan yang best. Walaupun cuma Kim Jong Kook dan Haha je penyanyi, tapi ahli lain pun tetap menyanyi dan menari dengan baik. Gamat stadium dengan aksi mereka terutama sekali Lee Kwang Soo.

Harta kesayangan ni. 😀
Nampak tak Zaza kat belakang tu? 😀
Part ni kelakar. Bila Haha cuba nak berbahasa melayu. Comel je time ni. Dan kalau dengar yang menyampuk cakap cantiknya itu Kim Jong Kook. Cute 😀
Tak sabar pula nak tunggu season 3. Ada tak agak2? Hope kali ni semua tujuh-tujuh ahli Running Man datang sekali. Tapi walaupun cuma 5 orang je masa tu, pun dah cukup gamat stadium. Kalau semua berkumpul lagi lah happening kan.
See you next year 😀
Share This