Pagi ini terasa terlebih ceria pula dari biasa. Rasa bersemangat dan berkobar-kobar. Ha, itu normal bila setiap kali menghadapi hari baru selepas menghadapi kelas mingguan pada setiap malam Rabu. Tak tahulah kenapa, setiap kali lepas kelas, perasaan tu rasa lain macam. Rasa happy, rasa kurang tekanan, rasa nak melompat-lompat keriangan pun ada 😀
Betapa kuatnya aura berada dalam kelas ilmu. Beza sangat bila berada bersama dengan orang-orang positif. Mungkin sebab kami tahu, matlamat kami sama, makanya perasaan yang kami rasakan pun sama. Dan secara tak langsung mengeratkan lagi hubungan kami dalam team. Itu yang membuatkan Zaza semakin hari semakin jatuh hati dengan Top Leaders Circle.
Alhamdulillah. Semalam juga hari payday untuk kami usahawan TLC. Tu yang terlebih ceria tu. Ya, lah, bila buat business ni, tak pasal-pasal dapat income 2 kali sebulan termasuk kerja hakiki. Siapa yang tak suka kan? Berkorban kejap 2 jam sehari pun, boleh dapat income seperti kerja 8 jam sehari. Syukur.

Alhamdulillah berjodoh dengan mereka semua ini. Bukan saja sebagai rakan business, tapi rakan yang banyak memberikan semangat, motivasi, yang sentiasa ada tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Hopefully persahabatan ini berpanjangan sampai ke akhir hayat. 

Pagi ni juga terjumpa quotes ni. Suka sangat dan memang setuju sangat dengan quotes ni.

“Success doesn’t come and find you. You have to go out and get it”

Love,
Zazalina
Share This