Sedar tak sedar, hari ni dah 10 Syawal. Kejap je masa berlalu kan. Apa pun, di kesempatan ini, Zaza nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin. Kalau ada tulisan Zaza yang menyinggung perasaan, harap maafkan lah ya. Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan diterimaNya..
So, bagaimana aildilfitri anda? Meriah tak? Bagi Zaza, sambutan Aildilfitri Zaza sama saja seperti tahun-tahun yang lepas. Semuanya secara sederhana. Tapi alhamdulillah, setelah bergiat aktif dalam business dengan Top Leaders Circle ni, Zaza dapatlah nak berbelanja lebih. Bukan lah maksudnya nak membazir bila ada duit lebih, tapi, macam satu kepuasan juga bila dapat realisasikan impian sendiri. Tahun ini merupakan tahun pertama Zaza dengan Top Leaders Circle. Dan memang Zaza tak nafikan ada sedikit perubahan dalam persiapan raya tahun ni dan tahun sebelumnya. Alhamdulillah syukur dipertemukan dengan kumpulan hebat ini!
Sekarang ni mesti ramai yang sibuk mengadakan rumah terbuka kan. Zaza pun tak sabar nak beraya dekat rumah kawan-kawan pula. Seminggu raya memang habiskan sambutan dengan keluarga dan sanak saudara. So, sekarang inilah masa untuk bersama kawan-kawan pula. 
Tak nak jemput Zaza beraya ke? :p
Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin dari Zaza sekeluarga dan si manja Annette 🙂
Share This