Dah cek saman trafik ke? Nak raya ni, semakin ketatlah operasi dari pihak polis kan. Anda yang akan berjalan jauh nanti diminta berhati-hati. Jangan disebabkan kelalaian kita, ada pihak lain yang menjadi mangsa. Memandu ikutlah peraturan ya 😀
Bercakap pasal saman trafik ni. Zaza rasa kesal lah dengan pihak trafik ni. Bukan apa, tak pasal-pasal Zaza ada 1 saman. Kalau saman tu memang kesalahan kita sendiri, tak apa lah, tapi saman sebab kesalahan orang lain. Ha, macammana tu.
Masa tengah sibuk dengan waran tangkap haritu, masing-masing sibuk cek saman. Zaza relaks je sebab confident takda saman. Then, boss mintak no. ic Zaza, dia kata nak cekkan saman. Zaza dengan eksyennya cakap kat dia, eh, I pemandu berhemah lah.. Sekali tu, dia cakap, eh you ada 1 saman lah. Speeding! Zaza dah macam.. Eh, biar betul boss ni kan. 

Huwaa.. Puas fikir kejadian ni. Tahun 2013 dekat Seremban. Eh, kejap.. Rasanya Zaza memang tak pernah drive ke Seremban. Nasib baik dekat MYEG ada letak gambar kejadian. So, dengan perasaan berdebar Zaza click dekat photo tu. Jeng jeng jeng…

Eh, this is not my car! Sejak bila pulak kereta bertukar jadi kereta Persona ni.. Hehe.. Huh, dah agak dah, memang bukan saman Zaza. Zaza ni kan ke pemandu yang berhemah. Hikhik.
So, Zaza pun pergi ke balai polis trafik nak bantah saman ni. Rupanya, banyak pulak prosedur nak batalkan saman ni. Ingatkan bila kita beritau, mereka akan update je dalam sistem kan. Rupanya, Zaza kena pergi buat laporan polis dulu dekat balai polis. Lepas tu laporan tu kena bawak ke balai polis trafik dan perlu berjumpa dengan pegawai trafik. Dan, disebabkan kejadian berlaku di daerah Seremban, maka Zaza kena pergi ke Bukit Aman. 
Memang ambil masa nak settlekan benda ni. Harap lepas ni takda lagi kejadian seumpama ni. Penat naik turun balai untuk settlekan benda ni walhal bukan kesalahan kita pun.
U all dah semak ke saman masing-masing. Boleh cek dekat sini

Share This