Dapat mesej dari mentor kesayangan Zaza ni minggu lalu tanya Zaza buat apa hari tu. Oh, bila mentor tanya macam tu, dah tentu-tentu Zaza akan pastikan yang Zaza tiada aktiviti sebab nak habiskan masa dengan beliau. Rugilah kalau tak dapat bersama dengannya kan. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Mentor Salleha ajak Zaza lepak dengannya malam itu dekat Aeon Wangsa Maju. So, of course, I will say yes!
Lepak memang lepak. Tapi lepak yang bermakna sekali. Bukan lepak kosong. Banyak Salleha berkongsikan rahsia kejayaannya dan apa yang perlu Zaza lakukan untuk tahun 2015. Kiranya macam tusyen jugaklah. Tapi secara santai-santai. Seronok macam ni. Ye,lah kita pun rasa enjoy je tanpa ada tekanan. Myra dan Adila pun ada sama malam tu. So, lagilah meriah bila dah ramai-ramai berkumpul.
Tiba-tiba malam tu, Salleha spotcheck beg kami. Nak tengok, kami ni sedia tak dengan tools sebagai Premium Beautiful Expert dalam beg masing-masing. Ha, itu memang tak perlu nak risau lah, sebab memang semua tools seperti note book, pen, calculator dan yang paling penting measure tape dah tersedia dalam beg dan di bawa ke mana saja. Sebab bila-bila masa je boleh terus jumpa client ambil ukuran badan untuk tentukan saiz corset. So, takdalah nak gerun sangat bila dia buat spotcheck. Ngeeee…
Nampak serius kan perbincangan kami. Mestilah serius sebab kami memang serius dalam business ni. Bukan setakat nak buat sehari dua, tapi nak terus jadikannya sebagai kerja utama kami. Kalau nak tau, CDM Salleha ni memang dah buat full time dengan business ni je. Tak perlu nak bekerja di office 8 jam sehari lagi untuk gaji yang naik pun setahun sekali ditambah pula dengan stress. Sekarang, beliau ada banyak masa untuk suami dan anak-anak. Myra juga memang dah buat full time jugak nak dekat 2 tahun dah. So, memang business ni bukan business main-main. 
Focus focus focus! InsyaAllah Zaza juga akan berada di tempat Salleha juga. Yang penting sentiasa bersedia untuk dibimbing dan membimbing 😀
Dari kiri, Zaza, Myra, Adila dan Salleha. Kalau nak tau, Adila ni kan, baru je buat business ni, tapi dia boleh habiskan 10 set PB tu dalam masa kurang dari sebulan! Terus income melonjak-lonjak sampai RM4,500 untuk bulan pertama tu. Ini pun asyik restock, restock dan restock je. Hey, siapa kata susah nak jual PB corset ni. Mudah je sebab semua wanita memang pakai pakaian dalam kan? :p Dan semua wanita memang inginkan badan yang cantik, sihat dan menawan. Dan ditambah pula dengan bimbingan dalam Top Leaders Circle ni, so, memang senang-senang je lah nak habiskan stock tu. Tiada lambakan stock dalam group kami ni. 
Malam tu, pulang ke rumah dengan perasaan puas hati dan gembira. Yang mana selama ini rasa gelap, kabur dah pun dijelaskan oleh mentor kesayangan ni. Sebab tu lah sayang lebih sikit kat dia sebab dia memang memahami apa yang Zaza inginkan dalam business ni. 😀

Share This