Uollss… Suka selfie tak? Ha, sekarang ni memang dah jadi trend kan, kat mana-mana pun selfie. Saya pun tak terkecuali. Memang suka selfie. Hehe.. 😉 Biasanya uolss selfie masa bila? Saya paling suka selfie time pagi nak pergi kerja. Masuk-masuk je dalam kereta, terus ambil handphone dan selfie.. 🙂 Bukan apa, saja nak tengok penampilan sebelum ke destinasi seterusnya. Sebenarnya bukan ke office je, kalau saya nak kemana-mana pun, masuk je kereta dan selfie 🙂


Uolls pula time bila yang paling suka berselfie?

Meurut majalah Times, kajian menunjukkan selfie ni paling ramai dilakukan oleh penduduk Makati City and Pasig, Philippines. Manakala Petaling Jaya, Malaysia di tempat kelima. Wah, orang-orang PJ, rupanya suka berselfie ya.. 🙂 Ok, di bawah ni senarai top 10 bandar yang paling ramai berselfie.

1. Makati City and Pasig, Philippines.
2. Manhattan, N.Y.
3. Miami, Fla.
4. Anaheim and Santa Ana, Calif.
5. Petaling Jaya, Malaysia
6. Tel Aviv, Israel
7. Manchester, England
8. Milan, Italy
9. Cebu City, Philippines
10. George Town, Malaysia  
Mana Kuala Lumpur? Hehe.. KL di tempat yang ke-21.


Tapi dah memang jadi trend kan sekarang ni berselfie. Walauapapun alasan berselfie, saya percaya semua orang pun memang suka berselfie 🙂

Berdua pun masih boleh berselfie

 Bertiga pun boleh 🙂
Berlima juga boleh 🙂
Beramai-ramai pun boleh berselfie sekarang ni dengan adanya monopod 🙂
Alamak, kantoilah tengah berselfie.. Hehe
Share This