Minggu ni padat sungguh jadual saya. Dah lepas sibuk dengan Leessang nya, hari ni, lupakan tentang Leessang, saya kena fokus pada sohobis saya pula. Ahad, 12 Jan 2014, saya telah menghadiri seminar DSM untuk menguatkan lagi strategi pemasaran kami. Dan yang paling penting, bagaimana untuk mendapatkan free trip ke Shanghai. Yes, we are going to Shanghai. Perasaan? Excited la kan.
Seminar berlangsung dekat Setia City Convention Centre. Ada 3 slot semuanya. Slot pertama daripada CDM Hamisah, mengenai bagaimana untuk meningkatkan lagi jualan di social media. Slot kedua pula dari CDM Azura yang membincangkan tentang personal touch, dan slot terakhir daripada CDM Azlan, mengenai misi 2014. Bila melihatkan tentang speaker pada hari ni, saya rasa sangat teruja dan excited sebab, kesemua CDM ni bukan calang-calang orang. Mereka semuanya telah mencapai tahap yang membanggakan dan telah mengecapi kejayaan yang sangat gemilang dalam business ini. So memang tak sabar nak dengar perkongsian dari mereka bertiga ni.
Begitu bersemangat CDM Azura berkongsi rahsia kejayaannya
Memang saya rasa sangat beruntung sekali dapat bersama-sama dalam seminar ni. Seminar ni telah membuka mata saya untuk lebih berusaha keras untuk mencapai matlamat dan misi 2014. Orang kata, alang-alang dah menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Memang pada asalnya, sewaktu mula-mula join business ni, saya sekadar untuk cuba-cuba saja. Tapi bila dah mula, saya lihat rakan-rakan dan mentor-mentor lain semuanya bersemangat dan tak pernah pula jemu-jemu memberi bimbingan untuk kami semua, saya pun jadi nak berusaha kuat juga. Bila dah nampak hasilnya, lagilah saya jadi sangat-sangat nak berjaya seperti mentor-mentor lain. Saya akan berusaha untuk memastikan misi 2014 ini tercapai.

Ilmu yang diterima hari ni memang sangat padat, harap tak tepu lah kepala otak ni

Bergambar dengan penaung TLC
Menjemput rezeki 😉
Harap misi untuk 2014 berjalan lancar. Amin…
Ini pose wajib bila setiap kali ambil gambar, nak tunjuk kerampingan kami dengan Premium Beautiful.. Hehe.. 😉
Gambar berdua pun masih nak buat pose wajib ni 😉
Inilah harapan dan impian saya. 
Kesimpulannya, seminar ni berjaya dalam menjadikan kami semua lebih berdaya saing dengan idea-idea yang sangat awesome. Ilmu dah diberikan, tinggal nak menjayakan saja.
“Satu hati semakin di depan”
Share This