Baru-baru ini Kak Zaza berpeluang mengikuti seminar tentang E-Commerce – Reshaping the Retailing Business. Course selama setengah hari dianjurkan oleh Cedar SME Bank. Dari sini kami didedahkan bagaimana menembusi pasaran luar negara melalu E-Commerce.
Antara speaker hebat ialah En. Irma Izaidi Idrus, Manager Digital Trade Zone SME Onboarding, En. Johary Mustapha, CEO Forest Interactive dan Puan Padzilah Enda Sulaiman, Managing Director Siti Khadijah Apperal.

En. Irma Izaidi Idrus
Best sangat sharing dari owner Siti Khadijah. Banyak sangat info dan pelajaran baru yang Kak Zaza dapat dari beliau.
Upload gambar ni dekat Instagram. Kawan comment, sampai lentik jari kelingking. Hahaha, tak perasan pulak. Kusyuk punya pasal salin nota.

Lunch disediakan.
Dengan geng Premium Beautiful. Alhamdulillah, dah bertahun kami buat perniagaan ini. Macam kembar tak kami? Peserta kat event ni ingatkan kami ni kembar atau ada pertalian darah. Tapi takda pun. Cuma pertalian dalam Premium Beautiful je :p

Lega bila berpeluang menghadiri seminar ini. Banyak sangat perkongsian dan motivasi yang dapat menyuntik semangat Kak Zaza untuk berjaya pada masa akan datang. Lepas ni tak nak lepaskan peluang untuk menghadiri seminar seperti ini.

Share This