Alhamdulillah, hari ini dah 6 hari kita kini berada di tahun baru 2015. Sudah tentu bila tahun baru menjelma, sudah pasti semuanya pun penuh dengan azam baru, harapan baru, semangat baru dan macam-macam baru lagi. Namun apakah kita semua sudah bersedia menghadapi 2015 yang pasti penuh dengan cabaran yang lebih besar.
Negara kita semakin menghadapi krisis kegawatan ekonomi. Ekoran harga minyak dunia yang semakin menurun, Ringgit Malaysia semakin tenat.
Sebagai renungan. Apakah kita sudah bersedia menghadapi cabaran ekonomi 2015? Jangan hanya bersedia menyalahkan pihak lain, tapi tanyalah diri sendiri apakah persediaan dari diri kita sendiri.
Purata gaji penduduk di Kuala Lumpur adalah dalam lingkungan RM3,000. Dan tahukah anda, lingkungan gaji itu dikategorikan sebagai miskin bandar.  Adakah kita berada di dalam kategori ini?
Pendapatan atau gaji yang diterima kita terlalu perlahan jika dibandingkan dengan kos sara hidup di Malaysia.
Sebab itu, seperti yang Zaza katakan di atas tadi, bersediakah kita menghadapi krisis ekonomi ini? Sudah tiba masanya untuk kita mengintai-intai peluang lain seperti perniagaan yang boleh memberikan pendapatan sampingan. Zaman sekarang menuntut kita bekerja keras untuk menghadapi krisis ekonomi kita.
Itu tak kira lagi dari segi perbelanjaan kita. Kita dah tentu-tentu ada komitmen kita sendiri. Kalau nak disenaraikan.
1. Duit kereta
2. Duit rumah
3. Duit minyak, tol, parking (kalau bekerja di kawasan Zaza ini di area KLCC ni, parking je dah menjangkau RM10 sehari. Jika sebulan?)
4. Duit makan (Dekat tempat kerja Zaza sekarang, kalau makan untuk lunch je paling murah RM7.00 tanpa air 🙁 )
5. Duit untuk perbelanjaan anak-anak ke sekolah
6. Duit untuk nursery anak-anak
7. Duit untuk keperluan barang dapur
8. Duit untuk utilities
9. Duit untuk parents (selalunya ini yang diletakkan sebagai list yang terakhir sekali.. Sedih kan?)
Itu cuma sebahagian dari perbelanjaan bulanan. Mungkin ada yang lebih lagi? Kalau dilihat dari list di atas, takda pun letak untuk simpanan. Kalau dapat menyimpan, alhamdulillah, tapi kalau sebaliknya bermakna memang kita perlu lakukan tindakan yang luar biasa.
Harap-harap itu cuma berlaku untuk tahun lepas saja. Semoga tahun 2015 ini kita dapat menguruskan wang kita dengan lebih berhemah.
Zaza sebenarnya tak terlepas dari menghadapi perkara di atas. Bekerja lebih dari 10 tahun, berapa banyakkah kenaikan gaji yang dapat Zaza perolehi? Bukan tidak bersyukur, tapi macam yang Zaza senaraikan komitmen tu, memang penat bekerja ni. Nak kena naik pangkat selalu baru dapat gaji yang tinggi. Bila gaji dah tinggi, semakin besar lah tanggunjawab yang dipikul.
Bersyukur dipertemukan dengan Top Leaders Circle (TLC). Dalam Top Leaders Circle, kami dibimbing untuk menjadi seorang usahawan yang berdaya saing. Sentiasa positif dan sentiasa dilengkapi dengan ilmu perniagaan. Hebatnya TLC ni, ada mentor-mentor hebat yang mendapat pengiktirafan dari kerajaan sendiri, CDM Salha Zain. Dan dalam TLC ni juga ada master trainer dari pelbagai golongan professional. 
Zaza tahu, ramai antara kita di luar sana yang menghadapi masalah kewangan. Nasihat Zaza, bertindaklah dari sekarang. TLC sentiasa bersedia membimbing anda. Dari zero, kami akan groom anda sehingga berjaya.

Moga-moga tahun 2015 ini, kita dapat hidup selesa tanpa dibelenggu dengan masalah kewangan 🙂

Nak tahu lebih lanjut, hubungi
ZAZA

019-307 5397
Share This